110 : KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

 110 : KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Memandangkan esok adalah merupakan hari wuquf di Arafah bagi mereka yang berada di Tanah Suci. Kami merasa terpanggil untuk menjelaskan berkaitan kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aiduladha.Oleh itu kami namakan Bayan Linnas kali ini  dengan ‘Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aiduladha’

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ''Wahai pemimpin orang yang berimanTerdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Umar SAW bertanya, “Ayat yang mana satu?'' Dia menjawab

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Maksudnya: 'Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.''

(Surah al-Ma'idah: 3)

 

Umar berkata lagi, ''Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.'' Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,''Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.''

 

Makna Berhari Raya

Hari raya merupakan musim untuk umat Islam bergembira dan berseronok. Ini merupakan kegembiraan dan keseronokan bagi orang yang beriman di dunia ini seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya.

Apabila berjaya menyempurnakan segala arahan tuannya, orang yang beriman akan memperoleh pahala di atas segala amalan mereka dan keteguhan mereka menunaikan segala perintah Allah sebagaimana firman-Nya,

قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 

Maksudnya: ''Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).''

(Surah Yunus: 58)

Ulama berkata,''Tiada yang dapat mengembirakan seseorang melainkan dia tidak lalai daripada mengingati Allah. Orang yang lalai gembira apabila hawa nafsunya dituruti manakala orang berakal gembira dengan Tuhannya”. Samnun bermadah:

Hatiku sunyi sebelum mencintaimu

     Dengan memikirkan keduniaan, ia membuatkan aku leka dan bermegah

Ketika hatiku menyeru, fantasi cintamu menyambutnya

     Bukanku melihatnya tentang kehancuranmu yang berlalu

Aku dilempar jauh darimu, andaiku berdusta

     Jika aku berada didunia lain, aku gembira

Jika ada sesuatu dinegara ini dengan segalanya

     Jika engkau hilang daripada pandanganku, pasti berderai airmataku

Jika engkau mahu, hubungilah aku, jika kamu enggan, tidak perlu

     Aku melihat hatiku tidak secocok dengan orang selainmu.

 

Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya.

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''

Riwayat Imam Ahmad (12362)

Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur,memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain.

 

Tiga Hari Raya Di Dunia

Di dunia ini, terdapat tiga hari perayaan bagi orang yang beriman, iaitu satu hari raya yang akan berulang sekali setiap seminggu dan dua hari yang datangnya hanya setahun sekali. Satu hari raya yang berulang sekali seminggu, iaitu hari Jumaat dan merupakan hari raya mingguan selepas kita menyempurnakan solat yang dituntut oleh Islam.

Sesungguhnya Allah mewajibkan keatas orang yang beriman pada setiap hari solat lima waktu. Manakala solat Jumaat dituntut untuk disempurnakan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat yang merupakan hari disempurnakan penciptaan makhluk. Diciptanya nabi Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga.Pada hari ini juga diadakan himpunan mendengar khutbah, Pengajaran dan solat Jumaat. Hari ini dijadikan sebagai hari raya dan dilarang berpuasa.

Keadaan solat Jumaat seperti menunaikan haji. Diriwayatkan bahawa ia ialah haji orang miskin. Said bin Musayyab berkata, ''mengerjakan solat jummat lebih aku sukai daripada menunaikan haji sunat.'' Bersegera kepadanya sama seperti melalukkan korban mengikut peringkat keutamaan, iatu yang paling awal seumpama mengorbakan unta, kemudian lembu, kemudian kambing , kemudian ayam dan terakhir dengan telur ayam.

Mengerjakan solat Jumaat dapat menghapuskan dosa sehingga Jumaat seterusnya sekiranya tidak melakukan sebarang dosa besar. Seperti mana haji mabrur yang akan terhapus segala dosa tahun itu sehingga ke haji seterusnya. Terdapat satu riwayat yang menyatakan , '' jika sempurna Jumaatnya , maka sempurnalah sekalian harinya itu.'' Diriwayatkan juga, '' Sesungguhnya  Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam pada hari Jumaat.'' Dalam hadis sahih , Nabi SAW telah berkata:

مَا طَلَعَتِ الشَّمْسُ وَلاَ غَرَبَتْ عَلَى يَوْمٍ أَفْضَلَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Maksudnya: ''Matahari tidak terbit dan terbenam pada hari yang lebih baik daripada hari Jumaat.''

Riwayat al-Tirmizi (3339), al-Tabarani (1087) di dalam al-Mu’jam al-Awsat

Dalam kitab al-Musnad, Rasulullah SAW bersabda berkaitan hari Jumaat,

سَيِّدُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَهُ وَأَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى

Maksudnya:'' Penghulu segala hari adalah Hari Jumaat. Ia merupakan hari yang lebih baik disisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''

Riwayat Imam Ahmad (15548), al-Baihaqi (2712) di dalam Syu’ab al-Iman

 

Hari raya yang berlaku seminggu sekali ini adalah setelah selesainya kita menyempurnakan solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang agung selepas kita mengucap dua kalimah syahadah. Manakala dua hari yang tidak berlaku sama sekali melainkan hanya setahun sekali ialah :

1) Hari Raya Aidilfitri

Hari raya Aidilfitri yang tiba apabila selesai melakukkan puasa di bulan Ramadhan yang merupakan rukun ketiga dalam prinsip rukun Islam. Apabila selesai umat Islam berpuasa pada bulan ramadhan yang difardhukan k eatas mereka selama sebulan, layak diampunkan dosa mereka dan terlepas daripada azab api neraka. Allah telah merencanakan semua ini sebagai pengganti keatas mereka yang menyempurnakam puasa di bulan ramadhan selama sebulan dan mereka dihadiahkan dengan perayaan bagi menzahirkan raya syukur kepada Allah dengan bezikir dan betakbir atas kemenangan merekan menyelesaikan puasa selama sebulan .

Umat Islam disyariatkan juga pada hari raya untuk melakukkan solaytsunat hari raya dan juga bersedekah. Ini merupakan hari perhargaan bagi mereka yang menyempurnakan puasa mereka dan pengampunan dosa.

2) Hari Raya Korban (Aidiladha)

Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunakan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''

Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Sesungguhnya ibadah Haji tidak diwajibkan kepada semua orang Islam setiap tahun sebagai keringganan terhadap hamba-hamba-Nya. Haji ialah fardu kifayah ke atas seluruh kaum muslimin pada setiap tahun. Berlainan pula dengan puasa Ramadhan yang wajib dilakukan pada setiap tahun atas setiap umat Islam. Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya.

Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. Bagi yang menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah, disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji, menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah). Kaum muslimin yang lain pula berkumpul untuk melakukan zikir, takbir dan solat sunat hari raya. Mikhnaf bin Sulaim, Beliau dalam kalangan sahabat, meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti melakukan Umrah, meraikan Hari Raya Aidiladha seperti melakukan Haji. Selepas itu mereka melakukan korban sebagai mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Solat dan korban pada Aidiladha adalah lebih mulia daripada solat dan sedekah pada Hari Raya Aidilfitri. Untuk ini, Rasulullah SAW disuruh melakukan solat dan penyembelihan selepas diberikan al-Kautsar, dan dikatakan,

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.''

(Surah Al-An'am :162)

Oleh itu, kita disuruh untuk membaca ayat ini ketika melakukan penyembelihan korban. Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.''

Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489) di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217)

Ini adalah hari raya yang diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini selepas menyempurnakan perintah Tuhan mereka Yang Maha Memiliki lagi Maha Memberi. Juga sebagai pemberian daripada apa yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bentuk ganjaran serta pahala. Suatu kumpulan telah terserempak dengan seorang pendeta di kawasan penyembahan. Mereka berkata kepadanya, ''Bilakah hari perayaan penduduk kawasan ini?'' Jawabnya, ''Hari yang diampunkan dosa para penduduknya.''

Hari raya bukan hari untuk kita memakai pakaian baharu tetapi hari untuk mereka yang bertambahnya ketaatan dalam menyempurnakan suruhan Tuhan. Hari raya bukan hari untuk menunjuk pakaian yang cantik dan kenderaan yang mewah tetapi hari yang diampunkan segala dosa. Pada hari malam raya, diagihkannya tanda kebebasan dan pengampunan ke atas hamba. Sesiapa yang memperolehnya, ia akan merasai nikmat perayaan itu. Sesiapa yang tidak meraihnya, maka ia telah terusir jauh daripada sifat tersebut.

Beberapa Arifin meratapi dirinya pada malam hari raya dengan bait-bait syair:

Dalam kesepianku yang tidak ketepi

Simpatilah kamu padaku,berbuat baiklah padaku

Kegembuiraaan hari raya memenuhi setiap ruang

Kesedihanku bertambah tidak berkurang

Jika aku mengaku semasa melakukan kesalahan

Maka amounilah aku, dan takkan kuulang.

 

Seseorang bermadah,

Bagi manusia, sepuluh hari dan hari raya

    Aku pula fakir keseorangan

Wahai wawasan dan impianku

    Sungguh manis bagiku apa yang kau mahu.

 

Syibli pula bermadah,

Bukanlah hari raya kekasih pergi ke musolla

    Bukan juga menunggu ketua dan sultan

Sesungguhnya hari raya itu disisi pencinta

    Ialah diperkenan mendekatkan diri dengan aman

Dia bermadah lagi,

Jika tiada bagiku hari raya

    Apa yang aku lakukan dengan hari raya?

Mengalir rasa cinta padamu dalam hatiku

Seperti aliran air dalam saliran.

 

Dan bermadah lagi,

Mereka berkata: Esok hari raya, apa yang akan engkau pakai

    Aku katakan: Jubah yang tepinya diukir cantik

Kesabaran dan kefakiran, kedua-duanya jenis pakaian yang dalamnya

    Sekeping hati melihat kawanya di hari raya dan Jumaat

Sebaik-baik pakaian untuk bertemu kekasihnya

   Hari ziarah-menziarahi dalam baju yang diberikan

Masa itu bagiku upacara pengebumian, jika kaungaib, itu harapanku

Dan hari raya, tidaklah kau bagiku manfaat dan pendengar.

 

Hari Raya Di Syurga

Sesungguhnya hari raya orang yang beriman dalam syurga ialah ketika mereka menemui Tuhan mereka. Mereka bertemu Tuhan  dengan sepenuh kemuliaan. Tuhan  mendedahkan kebesaran-Nya dan mereka memandang kepada Tuhan. Tiada pemberian yang lebih disukai oleh mereka melainkan menemui Tuhan mereka. Ia adalah pemberian tambahan sebagaimana firman-Nya,

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya :” Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.”

(Surah Yunus :26)

Tiada perayaan yang lebih disukai oleh sang pencinta selain menemui yang dicintainya.

''Itulah keseluruhan hari yang membaluti perasaanku dengan mereka

Itulah perayaan yang tiada lagi perayaan bagiku selainnya.''

 

Setiap hari raya kaum Muslimin di dunia hakikatnya ialah hari raya bagi mereka di syurga. Di sana mereka berkumpul menemui Tuhan mereka dan Tuhan akan mendedahkan kebesaran-Nya kepada mereka. Hari Jumaat di syurga nanti dikatakan sebagai hari tambahan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha saat semua ahli syurga saling menziarahi. Diceritakan pada hari raya ini diraikan oleh kaum lelaki dan perempuan sama seperti yang kita lakukan pada hari raya di dunia kecuali Solat Jumaat. Ini adalah keadaan ahli syurga umumnya.

Bagi ahli syurga khususnya pula, setiap hari adalah hari raya kerana mereka akan menziarahi Tuhan setiap hari dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Setiap hari di dunia adalah hari raya. Justeru, hari-hari mereka juga keseluruhannya adalah hari raya. Hassan berkata, ''Setiap hari yang kita tidak melakukan maksiat maka ia adalah hari raya. Setiap hari yang seorang Mukmin mentaati Tuhannya, berzikir dan bersyukur, maka itu juga merupakan hari raya.''

Rukun Islam yang terbina atasnya adalah lima perkara iaitu:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Puasa di bulan Ramadhan
  5. Mengerjakan haji

Maka, sambutan hari raya yang disambut oleh seluruh umat Islam adalah apabila selesainya kesemua rukun Islam di atas.

Adapun kewajipan zakat, tiada waktu yang tetap untuk umat Islam mengeluarkan zakat bagi membolehkan mereka menyambut hari raya, bahkan apabila cukup tempoh dan kadarnya yang wajib bayar zakat, maka wajib bagi kita untuk mengeluarkan zakat.

Manakala penyempurnaan mengucap dua kalimah syahadah adalah berdasarkan pelaksanaannya dan penyempurnaan terhadap tuntutan kalimah syahadah kita, khususnya bagi orang mukmin yang sentiasa bersungguh-sungguh untuk menjaganya pada setiap waktu. Oleh itu, setiap hari di dunia dan di akhirat adalah merupakan hari raya bagi mereka. Sebagaimana al-Syibil telah bermadah,

Hari rayaku berterusan dan hari raya bagi orang lain akan berlalu

     Hatiku terpesong daripada kelazatan yang menyesatkan

Bagiku dua pendamping yang tidak mungkin aku belakangi

    Lalu aku ratapi dari airmata kerinduan.

 

Oleh itu, Hari Raya Korban merupakan hari raya paling agung dan banyak kelebihannya. Pada hari itu, umat Islam berkumpul pada tempat dan waktu yang mulia iaitu pada padang Arafah. Selepasnya ialah hari Tasyrik khusus nya bagi mereka yang mengerjakan haji.

Tiada perbezaan antara yang kaya dan miskin, semua akan menyambut hari raya dalm keadaan yang sama. Setiap hari pada hari-hari itu adalah hari raya bagi orang yang mengerjakan haji , sepertimana yang terdapat dalam hadis Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

Oleh itu, bagi yang menunaikan haji tidak disyariatkan untuk berpuasa pada  hari Arafah kerana di situlah hari raya dan tempat wuquf  bagi mereka. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbuka di Arafah dan manusia melihatnya. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang untuk berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah. Diriwayatkan juga daripada Sufyan bin 'Uyainah, beliau disoal mengenai larangan berpuasa hari Arafah di padang Arafah. Beliau berkata,'' Larangan tersebut kerana ketika itu Allah menyambut  tetamu-tetamu-Nya, dan Tuhan tidak mahu melihat tetamu-tetamu-Nya dalam kelaparan.''

Makna ini terdapat dalam dua hari raya dan juga pada hari Tasyrik kerana manusia ketika itu merupakan tetamu-tetamu Allah Yang Maha Agung, terutamanya ketika Hari Raya Korban. Hal ini demikian kerana ketika itu semua manusia akan memakan daging binatang yang dikorbankan termasuklah mereka yang berada di padang Arafah atau yang tiada di situ.

Hari Tasyrik berlangsung selama tiga hari dan itu juga merupakan hari raya. Oleh itu, Rasulullah SAW telah menyeru kepada penduduk Makkah bahawa hari itu merupakan hari untuk kita makan, minum dan memperbanyakkan zikir. Jangan sesekali puasa pada hari tersebut.

Kadangkala akan terdapat dua perayaan dalam satu-satu hari sepertimana apabila terhimpunnya hari Jumaat dan hari Arafah atau Hari Raya Korban dalam masa yang sama, maka akan bertambahlah kelebihan pada hari mulia itu kerana terkumpul dua hari raya di dalamnya. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah bertemu dalam hajinya ketika wuquf dia Arafah pada hari Jumaat, maka telah turun firman Allah,

لْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Maksudnya: ''Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.''

(Surah al-Ma'idah :3)

Penyempurnaan agama pada hari tersebut menatijahkan beberapa perkara. Antaranya,  setelah kefarduan haji disyariatkan, umat Islam tidak terus mengerjakan ibadah haji malah tiada seorang pun yang mengerjakannya. Oleh itu, penyempurnaan agama itu diikira hanya apabila mereka yakin umat Islam menyempurnakan rukun Islam kesemuanya. Ini merupakan pandangan sebilangan besar ulama. Antaranya juga Allah telah mengembalikan ibadah haji sebagaimana yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim, serta menghapukan segala perkara syirik yang dilakukan oleh orang sebelumnya. Maka, perbuatan mengerjakan haji yang dilakukan oleh umat Islam sekarang tidak bercampur antara syirik dan syariah.

As-Sya'bi berkata,''Telah turun ayat ini kepada Rasulullah SAW ketika Baginda berada di Arafah, tempat Nabi Ibrahim pernah berada sebelum ini. Syirik berkurangan dan robohlah segala tempat jahiliah serta mereka tidak lagi melakukan tawaf di Kaabah secara tidak berpakaian.''

Ini juga yang diperkatakan oleh Qatadah dan lain-lain. Ia berkata,'' selepas ini tiada lagi penurunan wahyu berkaitan pengharusan dan pengharaman sesuatu.'' Ini juga yang dikatakan oleh Abu Bakar bin Ayyash.

Sesungguhnya dengan penempurnaan nikmat itu adalah dengan tercapainya pengampunan, kerana semua nikmat ini tidak sempurna tanpa pengampunan, sepertimana firman Allah kepada Rasulullah SAW,

لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Maksudnya:'' kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada-Mu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus.

(Surah al-Fath: 2)

Allah telah berfirman mengenai wuduk,

وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:'' Tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.''

 (Surah al-Ma'idah: 6)

Muhammad bin Ka'ab al-Qurazhi berpendapat wuduk adalah penghapus segala dosa, sepertimana yang terdapat dalam hadis secara jelasnya. Beliau juga memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW telah mendegar seorang lelaki mengadu dan berkata, ''Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu berikanlah kepadaku kesempurnaan nikmat.'' Maka telah berkata Baginda SAW kepadanya,

فَإِنَّ مِنْ تَمَامِ النِّعْمَةِ دُخُولَ الجَنَّةِ وَالفَوْزَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya : ''Kesempurnaan nikmat itu ialah apabila kita berjaya melepaskan diri daripada seksaan api neraka dan memasuki syurga.''

Riwayat al-Tirmizi (3257), Abu Syaibah (29356) di dalam al-Musannaf

Ayat ini memperlihatkan sebagaimana diriwayatkan akan keadaan hari Arafah yang merupakan hari pengampunan dan pelepasan daripada api neraka.

Hari Arafah banyak kelebihan, antaranya:

1) Hari penyempurnaan agama dan nikmat

2) Hari raya bagi seluruh umat Islam.

Sepertimana mana telah dikatakan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan Ibnu Abbas, telah diturunkan nikmat pada dua hari raya iaitu hari Jumaat dan hari Arafah. Diriwayatkan daripada Umar katanya, ''Kedua-duanya bagi kami adalah hari raya.'' ( Direkodkan oleh al-Tabari dan tafsirnya.)

Ini dibuktikan dengan hadis daripada Uqbah bin Amir, tetapi ianya hari yang khusus untuk orang yang berwukuf di padang Arafah sahaja. Disyariatkan untuk berpuasa bagi penduduk negeri lain pada pandangan majoriti ulama,sekali pun ada sedikit perselisihan dalam kalangan salaf.

 3) Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr.

Dikatakan juga sebagaimana yang Allah nyatakan tentang sumpah-Nya dalam al-Quran bahawa Hari Arafah merupakan yang genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr, manakala yang ganjl (al-Watr) pula adalah Hari Raya Korban. Ia diriwayatkan juga dengan disandarkan kepada Rasulullah SAW daripada Jabir RA. Turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasa'i dalam tafsirnya. Dikatakan ,''Inilah asy-Syahid yang Allah bersumpah dengannya sebagaimana fiman Allah,

وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ

Maksudnya :'' Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,serta segala keaadan yang disaksikan.''

(Surah al-Buruj: 3)

Dalam kitab al-Musnad daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu' dan mawquf:

الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ

Maknanya:''Saksi adalah hari Arafah manakala hari yang dijanjikan itu ialah hari kiamat.''

Riwayat Imam Ahmad (7972) di dalam Musnad,al-Hakim (3915) di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi (5773) di dalam Sunan al-Kubra

Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dengan periwayatan secara marfu'. Diriwayatkan juga oleh Ali dengan kata-katanya. Al-Tabarani meriwayatkan hadis daripada Abi Malik al-'Asya'ri yang diriwayatkan secara marfu',

الشَّاهِدُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، وَالْمَشْهُودُ يَوْمَ عَرَفَةَ

Maknanya :''Saksinya ialah hari Jumaat manakala penyaksian ialah hari Arafah.''

Oleh itu, apabila berlaku hari Arafah pada hari Jumaat,maka akan berkumpullah antara saksi dengan penyaksian.

4) Sebaik-baik hari

Diriwayatkan juga bahawa ia adalah sebaik-baik hari. Jabir RA meriwayatkan  bahawa Rasulullah SAW bersabda,

أفضلُ الأيام يومُ عرفة

Maksudnya : ''Sebaik-baik hari ialah hari Arafah.

Rujuk Jami’ usul fi ahadis al-Rasul (6867)

Perkara ini disepakati oleh sebahagian para ulama. Ada juga dalam kalangan mereka yang berpandangan bahawa Hari Raya Korban adalah sebaik-baik hari bersumberkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda,

أَعْظَمَ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ

Maknanya : ''Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban,kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan  Zulhijjah.''

Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra

Telah diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya dengan lafaznya, ''Sebaik-baik hari.''

5) Menyamai 10 000 hari

Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000. Daripada Anas bin Malik, beliau telah berkata , ''Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000.'' Telah disebutkan dalam kitab kelebihan ' Atha', beliau bahawa berkata,  

6) Haji yang Agung

Ia merupakan haji yang agung pada pandangan para salaf antaranya ialah Umar dan lain-lain, manakala yanag lain tidak menyokong pandangan ini. Mereka berkata, ''Hari haji yang paling agung ialah pada Hari Raya Korban.'' Ini diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.

7) Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun

8) Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah

Seperti mana terdapat dalam Sahih Muslim daripada Sayidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

Maksudnya : '' Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?'''

Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)

Dalam kitab al-Musnad daripada Abdullah bin 'Amru, Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي مَلَائِكَتَهُ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِأَهْلِ عَرَفَةَ فَيَقُولُ انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي أَتَوْنِي شُعْثًا غُبْرًا

Maksudnya: '' Sesungguhnya Allah berbangga dihadapan malaikat bagi mereka yang bermalam di Arafah. Allah berkata, ' Lihatlah kamu semua kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang berhimpun kepada-Ku dengan keadaan yang berdebu dan kusut .'''

Riwayat Imam Ahmad (7089), al-Tabarani (1504) di dalam Mu’jam al-Kabir

Telah diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُبَاهِي بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ مَلاَئِكَةَ أَهْلِ السَّمَاءِ ، فَيَقُولُ : انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي هَؤُلاَءِ جَاءُونِي شُعْثًا غُبْرًا.

Maksudnya: ''Sesungguhnya Allah membanggakan ahli-ahli Arafah, dengan berkata, 'Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka telah berhimpun dan berkumpul di hadapan-Ku dalam keadaan berdebu dan kusut.''

Riwayat Ibnu Hibban (3852) di dalam Sohihnya

 

Diriwayatkan lagi daripada hadis Jabir, Rasulullah SAW bersabda,

مَا مِنْ يوْمٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ يَنْزِلُ اللَّهُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُبَاهِي بِأَهْلِ الأَرْضِ أَهْلَ السَّمَاءِ ، فَيَقُولُ : انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحِينَ جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَرْجُونَ رَحْمَتِي ، وَلَمْ يَرَوْا عَذَابِي ، فَلَمْ يُرَ يَوْمٌ أَكْثَرُ عِتْقًا مِنَ النَّارِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ.

Maksudnya: ''Tiada ada hari yang paling baik di sisi Allah melainkan hari Arafah. Allah turun ke langit dunia dan bermegah-megah dengan penduduk langit untuk penduduk dunia, Lantas berkata,'Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka berkumpul di hadapan dengan penuh debu, mereka datang dari semua penjuru yang jauh, mereka mengharapkan rahmat-Ku, dan tidak mengharapkan azab, Maka tidak dilihat hari yang lebih banyak pelepasan daripada api nerak-Ku daripada hari Arafah.'''

Riwayat Ibnu Hibban (3853),Abu Ya’la (2036) di dalam Musnad

Ibnu Mandah meriwayatkan dalam Kitab at-Tauhid dengan lafaznya, ''Apabila tiba hari Arafah, Allah akan turun dari langit ke bumi, maka Dia bermegah-megah dengan malaikat, seraya berkata, 'Lihatlah kamu kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dengan berdebu dan dari seluruh penjuru yang jauh, saksikanlah oleh kamu semua (malaikat) kepada mereka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa mereka.”

 

Malaikat berkata, 'Wahai Tuhanku, si fulan ini berada dalam keadaan yang teruk.' Allah berkata, 'Aku telah memberi keampunan kepada mereka. Tiada hari yang kebanyakkan mereka terlepas daripada seksaan api neraka melainkan pada hari Arafah.''  Beliau menyambung, sanadnya bersambung dan statusnya adalah hasan. Kami meriwayatkan dari sudut yang lain dengan sedikit penambahan dalamnya, iaitu,

Saksikanlah kamu wahai hamba-Ku sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada orang yang membuat baik, dan memaafkan orang yang berbuat jahat.''

Kami meriwayatkannya daripada Ismail bin Rafi'e (perawi lemah), dalamnya terdapat ucapan Anas, Rasulullah SAW bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ يَهْبِطُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيُبَاهِيَ بِكُمُ الْمَلاَئِكَةَ ، يَقُولُ : هَؤُلاَءِ عِبَادِي جَاءُونِي شُعْثًا غُبْرًا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ، يَرْجُونَ رَحْمَتِي وَمَغْفِرَتِي ، فَلَوْ كَانَتْ ذُنُوبُكُمْ عَدَدَ الرَّمْلِ ، أَوْ كَزَبَدِ الْبَحْرِ لَغَفَرْتُهَا ، أَفِيضُوا عِبَادِي مَغْفُورًا لَكُمْ ، وَلِمَنْ شَفَعْتُمْ لَهُ

Maksudnya: ''Allah turun ke langit dunia untuk melihat penduduk Arafah, kemudian bermegah-megah dengan kalian di hadapan malaikat, lantas berkata, 'Mereka semua hamba-Ku, mereka telah datang kepada-Ku dalam keadaan berdebu dari seluruh pelosok yang jauh, mereka mengharapkan keampunan dan rahmat-Ku, jika dosa mereka sebanyak bilangan pasir, Aku akan hapuskan segala dosa mereka, dan Aku beri syafaat kepada mereka.''

Rujuk Ithaf al-khiyarah al-al-maharah ( 2540)

Diriwayatkan juga oleh al-Bazzar dalam kitab al-Musnad dengan maknanya, daripada hadis Mujahid daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersbda, ''Tidak aku ketahui sanad yang terbaik melainkan sanad ini.'' Telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dan lain-lain, daripada hadis Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash daripada Nabi SAW secara ringkas.

Kami meriwayatkan dari jalur al-Walid bin Muslim bahawa beliau telah berkata, ''Abu bakar bin Abi Mariam telah memberitahu kepadaku, daripada gurunya, 'sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ''Sesungguhnya Allah telah turun ke langit dunia pada malam Arafah, seraya berjumpa dengan malaikat-Nya dan berkata, 'Setiap tetamu berhak mendapat hadiah, mereka semua ini adalah tetamu-Ku yang datang penuh berdebu, Aku berikan kepada mereka apa yang mereka mohonkan, dan Aku gantikan apa yang telah mereka infakkan. Apabila tenggelamnya matahari Allah berfirman: Aku mengampuni mereka yang melakukan kejahatan disebabkan mereka yang melakukan kebaikan, dan Aku kurniakan kepada mereka yang melakukan kebaikan apa yang mereka mohon, bergeraklah (Mudzdalifah) dengan nama Tuhan.''

Ibrahim bin Al-Hakam bin Abban telah meriwayatkan, bapaku telah memberitahu, bahawa Farqad telah memberitahu, ''Sesungguhnya pintu langit telah terbuka pada setiap malam sebanyak tiga kali, manakala pada malam Jumaat sebanyak tujuh kali, dan pada malam Arafah sebanyak sembilan kali.'' Kami telah meriwayatkan secara marfu' dan mauquf, daripada jalan Nufai' bin Abi Daud, daripada Ibnu Umar,

 'Apabila umat Islam berkumpul pada malam Arafah, setiap orang yang di dalam hatinya sebesar zarah daripada iman di beri keampunan,'' Di tanya kepadanya, ''yang dimaksudkan di sini khusus bagi yang berada di sini atau umum untuk semua umat Islam?'' Aku menjawab, ''Untuk semua umat Islam.''

Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwaththa' daripada riwayat-riwayat mursal Thalhah bin Ubaidillah bin Kariz bahawa Rasulullah SAW bersabda,

ما رؤيَ الشيطانُ يوما هو فيه أصْغَرُ ، ولا أدْحَرُ ولا أحْقَرُ ، ولا أغْيَظُ منه في يوم عرفة ، وما ذاك إلا لما يرى من تَنَزُّل الرحمة ، وتجاوز الله عن الذُّنوبِ العِظامِ ، إلا ما أُرِيَ يومَ بَدْر ، فإنَّه قَدْ رأى جبريل يَزَعُ الملائكة

Maksudnya: ''Tiada hari syaitan tidak di lihat dirinya paling kerdil, paling jauh, paling hina dan paling marah pada mana-mana hari melainkan pada hari Arafah. Itu hanya kerana ia melihat turunnya rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa besar. Itulah kecuali daripada apay ang telah ditunjukkan pada hari Badar.'' Ditanya kepadanya, ''Apa yang ditunjukkan kepadanya pada hari Badar?'' Baginda bersabda, ''Bukan kah dia melihat Jibrail mengatur barisan pada malikat.''

Riwayat Imam Malik (6866) di dalam al-Muwatta’,al-Baihaqi (4069) di dalam Syu’ab al-Iman

Telah diriwayatkan oleh Abu 'Uthman al-Shabuni disandarkan pada seorang lelaki yang merupakan tawanan di negara Rom, dia berjaya melarikan diri daripada kubu pertahanan, dan beliau telah berkata, ''Aku berjalan pada waktu malam, manakala pada waktu pagi aku bersembunyi. Aku berjalan pada waktu malam yang antara aku dikelilingi bukit dan pokok, tiba-tiba aku perasan seseorang, dia seolah-olah berada dalam kerisauan juga.

Aku melihatnya menunggang unta. Ia menjadikan aku takut, mana mungkin unta ada di negara Rom. Lantas aku berkata, 'Maha Suci Allah! Di negara Rom, ada penunggang unta, ini sangat aneh.' Apabila dia melewati ku, lantas aku bertanya, 'Wahai hamba Allah, siapa kamu?' Dia menjawab,'jangan kau tanya.' Aku berkata, 'aku rasa sangat pelik, maka kau beritahulah aku.'

Dia menjawab juga, 'jangan kau tanya.' Aku tidak peduli dan mengasaknya dengan pertanyaan yang sama. Maka dia pun mejawab, 'Aku ialah iblis, aku datang dari Arafah, Aku bersama mereka pada permulaan sepertiga malam hari ini, dan aku memerhati mereka. Maka turunlah rahmat dan keampunan, dan dikurnuiakan kepada sebahagian mereka dengan hal yang lain. Hal itu menyebabkan aku gelisah, sedih dan sayu.

Sekarang aku menghala ke Konstantinopel. Aku senang mendengar perkara-perkara yang mensyirikan Allah dan dakwaan sesungguhnya bagi-Nya ada anak. 'Aku berkata,' Aku berlindung dengan nama Allah daripadamu. 'Ketika aku menyebut perkataan ini, orang itu ghaib daripada pandanganku.''

Cerita ini dikuatkan dengan hadis oleh Abbas bin  Mirdas sepertimana yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dalam doa Nabi SAW untuk orang yang menunaikan ibadah haji yang bermalam di Arafah, kemudian di Muzdalifah. Doa itu diperkenankan Allah dan Baginda SAW dalam keadaan ketawa telah bersabda,

إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ لَمَّا عَلِمَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدِ اسْتَجَابَ دُعَائِى وَغَفَرَ لأُمَّتِى أَخَذَ التُّرَابَ فَجَعَلَ يَحْثُوهُ عَلَى رَأْسِهِ وَيَدْعُو بِالْوَيْلِ وَالثُّبُورِ فَأَضْحَكَنِى مَا رَأَيْتُ مِنْ جَزَعِ

Maksudnya: '' Sesungguhnya iblis ketika mengetahui bahawa Allah mengampunkan segala dosa umatku dan mengabulkan doaku buat mereka, iblis menaburkan tanah di atas kepalanya, seraya menyerukan kecelakaan dan kemusnahan. Ia membuatkan aku ketawakan syaitan yang dalam kegelisahan itu.''

Riwayat Ibnu Majah (3127),al-Baihaqi (9753) di dalam Syu’ab al-Iman

Diriwayatkan daripada Ali bin al-Muwaffaq bahawa dia berada di Arafah untuk menunaikan haji, dan dia melihat di sana ramai manusia,lantas berkata, ''Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau tidak menerima haji mereka semua maka aku hadiahkannya dengan hajiku.'' Dia bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, ''Wahai anak al-Muwaffaq! Adakah kamu lebih dermawan daripada-Ku? Sesungguhnya Aku mengampunkan orang yang berwukuf di Arafah, dan Aku memberi syafaat kepada setiap seorang daripada mereka yang merangkumi ahli keluarganya, anak-anaknya dan sanak-saudaranya, dan Akulah yang patut kalian bertakwa kepada-Nya dan yang berhak memberi keampunan.''

Ada juga diriwayatkan seumpama ini daripada para ulama yang lain. Oleh itu, sesiapa yang sangat menginginkan pelepasan daripada azab nereka dan pengampunan daripada dosanya di hari Arafah, jagalah perilaku dan ibadah yang membolehkannya memperoleh keampunan tersebut.

9) Berpuasa pada hari itu

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi saw bersabda

صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ

Maksudnya:” Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.”

Riwayat Muslim (1162)

Penutup

Begitulah sebahagian dari Dari kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aiduladha yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi saw. Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur,pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,

Mufti Wilayah Persekutuan

30 Ogos 2017M bersamaan 8 Zulhijjah 1438H

No comments:

Post a Comment

Bayan Linnas

 Bayan Linnas adalah satu kumpulan artikal yang digerakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Ia sangat bagus sebagai satu bahan  untuk mendapat...