67: ISU CADANGAN PINDAAN AKTA 355 : SATU PENDAPAT
"Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkanah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Di samping sebahagian pihak menyambut baik cadangan tersebut, muncul juga pihak-pihak yang skeptikal dengan RUU tersebut dan menolaknya atas alasan bertentangan dengan perlembagaan, bukan keutamaan, pertentangan dengan Maqasid al-Syariah, dan hanya berkepentingan survival politik individu dan parti tertentu. Tidak kurang juga respon negatif yang diterima daripada sebahagian ahli parlimen bukan Islam yang bermati-matian menolak usul persendirian tersebut tanpa mengambil kira keperluan mendesak warganegara Muslim yang lain . Atas sebab inilah, makalah ini muncul bagi menjelaskan salah faham dan kejahilan beberapa pihak yang keliru, atau masih berdiam diri, daripada aspek yang lebih luas seperti sejarah, perundangan, Maqasid al-Syariah dan aspirasi asal penubuhan undang-undang ibu, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ], merentasi perbezaan politik, ras dan agama. Semoga keputusan kita pada hari ini bermanfaat kepada generasi kemudian. InsyaAllah."
Muat turun makalah penuh: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
No comments:
Post a Comment